Seorang pengurus restoran dikenakan kompaun RM10,000, manakala bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikompaun RM3,000 atas kesalahan melanggar SOP pada Mac lalu.<br /><br />Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah dalam satu kenyataan media pada Khamis.
